Isnin, 23 Julai 2012

Salam Ramadhan

Assalamualaikum... Alhamdulillah rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN MEMBERIKAN SERIBU KEBERKATAN DAN SERIBU KERAHMATAN KEPADA KITA SEMUA. INSYAALAH.. AMIN.




Rabu, 20 Jun 2012






BERCAKAP TENTANG JODOH... ;-)








Permulaaan...TAHNIAH kat BFF saya yang baru je mendirikan "masjid" pada 9 Jun 2012, semoga berkekalan hingga ke Syurga lah ye.. ;))..bercakap pasal jodoh ni ia telah ditentukan sejak azali lagi. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Ye,walaupun ianya sudah ditentu, kita kena berpegang pada hakikat, dan kita sebagai hambaNYA diperintahkan agar berusaha. Sebaik-baiknya carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha + berdoa, InsyaALLAH ;)
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir yang ditentukan olehNYA kerana kepadaNYA jua lah kita kembali.

Sabtu, 16 Jun 2012

Aku hanyalah hamba Allah yang belajar dari kesilapan..Moga usia yang makin bertambah mematangkan diri untuk mengenal erti sebuah kehidupan agar aku tidak terleka dalam menuju sebuah destinasi yang masih jauh untuk kutempuhi. Semoga diri ini terus tabah dalam menghadapi ujian-ujian daripadaMU Ya Rabbi. :-(

Khamis, 14 Jun 2012

Salam Perkenalan

Salam perkenalan kepada semua rakan-rakan blog sama ada yang baru atau yang lama....