Rabu, 20 Jun 2012






BERCAKAP TENTANG JODOH... ;-)








Permulaaan...TAHNIAH kat BFF saya yang baru je mendirikan "masjid" pada 9 Jun 2012, semoga berkekalan hingga ke Syurga lah ye.. ;))..bercakap pasal jodoh ni ia telah ditentukan sejak azali lagi. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Ye,walaupun ianya sudah ditentu, kita kena berpegang pada hakikat, dan kita sebagai hambaNYA diperintahkan agar berusaha. Sebaik-baiknya carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha + berdoa, InsyaALLAH ;)
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir yang ditentukan olehNYA kerana kepadaNYA jua lah kita kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan